minda semakin kosong untuk memikirkan satu drama untuk dicoretkan... terkadang minda kerap berkata sendirian seolah-olah cuba untuk memberi satu petunjuk...
Wednesday, September 30, 2009
Posted by hanna aziz at 12:12 AM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
lagi dua hari aku akan pulang ke kampung... xsabar rasanya nk rasa suasana raya tahun ni.... tapi aku kena cyapkan asgment dlu... emmm mcm maner agknya suasana ari raya zaman hang tuah ek?? hehe
Posted by hanna aziz at 1:21 AM 0 comments
Sunday, September 13, 2009
semangat!!!

kemana hilangnya semangatku yang selama ini aku pertahankan.. semangat seperti hang tuah yang terus berusaha untuk mempertahankan kedaulatan raja serta keamanan negeri melaka.... umpama baru tersedar dari mimpi yang panjang. mimpi yang menghanyutkan dari dunia realiti dan hari demi hari terus berlari tanpa impian yang pasti...
Posted by hanna aziz at 4:19 AM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
takkan melayu hilang didunia!!
pelbagai suara yang sering menerpa membisikkan cerita seorang Laksamana pembela bangsa yang setia kepada raja selama masa diperintahkan supaya dibunuh oleh tuannya sendiri. Dirinya menerima hukuman dengan segala rela hati tanpa sedikitpun bantahan. Maka Hang Jebat pun menuntut bela dan Melaka menjadi huru-hara. Raja Melaka menyesal menghukum Tuah supaya dibunuh. Tetapi apakan daya, tangan sudah mencincang. Walaupun seribu sesal Raja Melaka sesalkan, apa yang telah berlaku tetap berlaku. Fitnahlah yang menjadi punca keruntuhan. terkadang minda sering menari-nari mengikut rentak imaginasi tatkala mencari identiti sebenar pahlawan melayu sejati...
Posted by hanna aziz at 8:09 PM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Bismillah...
Dengan nama Allah s.w.t kumulakan penulisan ini.. semoga Dia meredhainya..
Menghadapi Diri Sejujurnya
Sering kita menentang wajah sendiri
waktu menghadap cermin peribadi
seperti musuh, langsung kita
memaki maki kekurangan
kerana menyangka diri
sempurna dan bijaksana
Perlahan-lahan
bisik arca ke telinga,
"Cermin peribadi tidak bisa menipu
justeru aku ini adalah kebenaranmu.
Terkadang untuk mengaku kelemahan
adalah sesuatu yang menyakitkan
sebaliknya merasai diri sempurna
dan bijaksana adalah kedunguan
yang terlalu jenaka sifatnya".
Posted by hanna aziz at 12:10 AM 0 comments